Sejarah Desaku

KEBUN SIREH.


Buruh-buruh dari India yang dibawa oleh British telah dikerah untuk bekerja di ladang kelapa di kawasan Bukit Tengah. Masa lapang mereka selepas pulang dari bekerja adalah bercucuk tanam. Antara yang ditanam di halaman rumah mereka adalah pokok Sireh. Turut menanam pokok sireh juga adalah orang-orang Melayu asal di kampung ini.Pada masa yang sama, kampung yang mereka diami masih tiada nama kampung yang sebenar, Encik Mat penduduk asal kampung ini telah memberi nama 'Kampung Kebun Sireh' berikutan banyaknya pokok-pokok sireh pada ketika itu.



KAMPUNG SIAM

Kewujudan nama Kampung Siam adalah berikutan dengan kehadiran dengan banyaknya anak-anak Siam yang menjadikan kampung ini sebagai tempat persinggahan atau berehat sebelum mereka ini bergerak ke selatan tanah air atas urusan perniagaan. Bersempena dengan banyaknya anak-anak Siam pada ketika itu sehingga membawa gelaran sebagai 'Kampung Siam'



KAMPUNG TOK PANJANG

Kampung ini diterokai oleh Tok Panjang lebih kurang 200 tahun yang lalu.Beliau bekerja sebagai nelayan yang membawa barangan dari Thailand ke Pulau Pinang. Beliau juga memegang jawatan sebagai bendahari kesatuan nelayan ketika itu. Tok Panjang mempunyai isteri yang bernama Timah Lisot dan tidak mempunyai anak sehingga beliau meninggal dunia. Selain itu juga, beliau memiliki ilmu kebatinan yang tinggi dan sangat digeruni pada ketika itu. Menurut cerita orang tua-tua, tangan Tok Panjang ketika bulan mengambang 15 haribulan akan panjang mengikut keadaan. Sempena dengan kehebatan yang dimiliki oleh Tok Panjang maka kampung ini diberi nama 'Kampung Tok Panjang'.